Monday, October 5, 2015

Khasiat Minyak Habbatussauda : Black Seed, the remedy for life


Habbatus sauda (Nigella Sativa) a.k.a black seed;fennel flower;black fennel seed;jintan hitam


/*gambar ehsan google/wikipedia*/

Kegunaan habbatus sauda tertumpu dalam masakan arab dan sebagai makanan kesihatan. Khasiatnya adalah seperti berikut

Analgesic (Pain-Killing)
Anti-Bacterial
--> Beberapa hari lepas,saya mengalami sakit tekak disebabkan habuk jerebu dan kurang minum air. Caranya, saya minum air suam + air limau panas + kunyah secubit habbatussauda + minum larutan sebiji pil vitamin C soluble + tidur awal. Pagi keesokan harinya sakit tekak berkurang. Saya makan lg secubit habbtussauda + sebiji vitamin C soluble untuk waktu pagi dan ulang secubit habbtussauda pada waktu tengahari + minum air secukupnya. Sakit tekak semakin hilang. Tidak perlu ubat moden yang boleh memberi kesan terhadap buah pinggang untuk jangka masa panjang.

Sahabat saya mengalami tonsil (acute tonsillitis). Dia mengamalkan minum habbatus sauda dalam bentuk minyak(black seed oil). Bukan semua orang mampu minum cecair tersebut kerana rasaya yang agak meloyakan. Tetapi kesannya bagus untuk menghilangkan sakit tonsil.

Pada awal pengambilan habbatus sauda, kulit muka sahabat saya ditumbuhi jerawat yang banyak. Ini adalah kesan sampingan apabila anda mengambil herba. Keadaan ini dipanggil sebagai detoksifikasi (detox - seperti anda meminum air lemon). Tindakbalas pengambilan herba serta tempohnya adalah bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi. Dalam tempoh tersebut,
habbatus sauda akan bertindak untuk memperbaiki kembali sistem badan. Saya juga mengalami jerawat kecil yang banyak pada muka.Sahabat saya terus minum minyak habbatussauda kerana tonsil manakala saya berhenti mengunyah biji habbatussauda kerana majlis pertunangan semakin dekat. Hasilnya, kulit muka sahabat saya semakin licin dan berseri manakala saya terkebil-kebil kerana kagum.

Anti-Inflammatory
Anti-Ulcer
Anti-Cholinergic
Anti-Fungal
Ant-Hypertensive
Antioxidant  --> get rid of toxins, other than berries
Antispasmodic
Antiviral
Bronchodilator
Gluconeogenesis Inhibitor (Anti-Diabetic)
Hepatoprotective (Liver Protecting)
Hypotensive
Insulin Sensitizing
Interferon Inducer
Leukotriene Antagonist
Renoprotective (Kidney Protecting)
Tumor Necrosis Factor Alpha Inhibitor


Cara lain pengambilan habatus sauda:
Ibu saudara saya, Heyam, berasal dari Yemen. Dia mengamalkan habbatus sauda dalam banyak masakan. Dimasukkan dalam kuih samosa, ditabur atas kuih lipat cheese, direneh dalam teh arab, ditabur atas doh roti(dia selalu masak roti bun kecil dengan inti kit-kat. sedap ya ampunnn)


Itu sahaja darihal habbatus sauda yang saya tahu setakat hari ini.

Notakaki: Kecik2 dulu suka baca buku dlm library sekolah mak sbb mak cikgu library. Ada buku darihal epal, darihal benang, darihal katak, etc2. Rindu nak balik zaman kanak2 horlicks. Bye lebiu.